Wednesday, September 16, 2009

~SALAM AIDILFITRI~



Mata kadang kala salah melihat....
Mulut kadang kala salah bercakap....
Hati kadang kala salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

````` Mohon Maaf Zahir dan Batin `````


Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ku ini.

Sebelum cahaya kehidupan padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, mohon maaf zahir dan batin....


ikhlas dari…..

ISMAIL@OSMAN BIN S. MUHAMMAD (BAPA MERTUA TERSYG)
UMI KALSOM BT. HANIFAH (IBU MERTUA TERSYG)
NASHRUL FAZLI B. MOHD. NASIR (ABG IPAR YG DIHORMATI)
ROZITA BIBI BT ISMAIL (KAK IPAR TERSYG)
ABDUL RAZAK B. ISMAIL (SUAMI TERCINTA)
SHARIFAH BT. ABU BAKAR (DIRI SENDIRI)
MAIMUNAH BT ISMAIL (ADIK IPAR TERSYG)
IRHAM DANISH ZAYANI B. NASHRUL FAZLI (ANAK BUAH YANG DIRINDUI)



Thursday, September 10, 2009

~ Salam Ramadhan~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, July 6, 2009

~Rindu nYerrrrr ....~

Rindunya......amai ( makcik) sha ngan anak buah...sorang ni... danish namanya... comelkan...selama ni dia ngan kak ipar ade kat sini dalam Malaysia...sekarang dia da terbang ke Australia ikut mak abah dia further study..mungkin pas 4 tahun baru leh jumpa lagi....sekarang ni sha balik umah rasa boring ..dulu duk melayan kerenah anak kecil ni ...tapi nasib baik ade adik ipar yg periang org nya tak de dia pun rasa boring gak ..mak ayah (mertua) yang sporting terubat jugak la rasa windu tersangat dgn danish.... sha harap danish takkan lupakan amai sha... apapun amai sha doakan danish sentiasa sihat dan riang bersama mak abah tersayang dan tercinta...

~ Majulah Sukan Untuk Negara~....


Hurmmmmm... sedar tak sedar ...da 3 bulan sha bergelar sebagai isteri, menantu dan ipar kepada insan-insan yang baru ku kenali yang sangat ku hormati dan sayangi. sebenarnya ramai tertanya2 mana si sha ni pas2 kawin teruih ilang entah kemana ade komplain tak update blog... huh ... ni sha da mula berjinak2 balik nak update.... Sha nak share2 ngan keng kawan blogger ttg aktiviti sha pas kawin ni terutamanya hujung minggu .... selain join suami kuar g jalan2 tu standard la kan... kuar ngan family g majlis kawin... macam2 la... hah yang paling best sha nak update ni ...aktiviti yg paling sha suka n bestt!!! join mak ayah (mertua) gi larian... yang bangga nya bila kami sekeluarga menang bagi kategori masing2.... huh sapa x bangganya satu keluarga menang ..... tapi memang tak dapat dinafikan la ...penat yang amat ....kui kui kui...macam segala tulang nak tertanggal..tapi rasa sihat badan jer pas join aktiviti2 macam ni....keng kawan cuba la... mana tau addicted gak macam sha.. ni tengah tunggu masa nak masuk larian akan datang minggu depan... harap tuah yang sama macam semalam...... "majulah sukan untuk negara"...

Monday, June 8, 2009

~Terima Kasih Daun Keladi~


Rasenye lama sungguh tak update blog ni
rindu nak update
tapi tak berkesempatan la..

alhamdulillah...
sha kini telah selamat bergelar isteri kepada suamiku tercinta
selamat menjadi menantu dan ipar juge...


Bersyukur kehadrat illahi...
kerana menemukan diri sha kepada seorang insan yang begitu penyayang yang kini bergelar suami.....sha bersyukur kerana dianugerahkan sebuah keluarga yang dipenuhi kasih sayang dan tawa riang...bersyukur kerana dianugerahkan ibu dan bapa mertua yang penyayang, yang sentiasa memahami, bersyukur kerana menemukan kakak dan adik ipar yang penyayang, sporting, dan paling penting bole get along dengan sha.....sha berdoa dan berharap hubungan di antara kami akan berkekalan seperti ini sehingga ke akhir hayat....amin amin amin ya rabbal alamin...


perasaan setelah bergelar isteri?

gembira, syahdu,
tapi macam masih tak percaya dah jadi bini org
tapi syukur
semuanya selamat
majlis berjalan dgn baik

ramai juga rakan taulan sha dan suami yg hadir

tapi sejujurnya org yang sha sangka dtg
ramai tak dtg
tapi yg tak sangka dtg tu
ramai pula yg dtg

tu yg wat sha terharu
terharu sebab kenalan yg jauh pun sudi dtg
ada yg sha kenal dari friendster je pun sudi dtg
siap bagi hadiah beshh lagi

untuk semua yg hadir
terima kasih tidak terhingga........

ada yg tak jumpe sha masa tu
mungkin sha tak sedar kewujudan korang melainkan ada yg bg hadiah

gembira sebab dapat jumpe kawan lama masa majlis ni
happy sgt

dan ucapan terima kasih yg tidak terhingga buat
pengapit kami man & sarina yg ke hulu hilir membantu kami
juga yg sedondon pada kedua2 majlis
juga pada yg menjadi peneman masa nikah...

dan juga pada semua yg sudi hadir
memberi hadiah dan doa
sha sgt2 menghargainya
terima kasih sekali lagi..

~SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MELINDUNGI SEMUA UMAT ISLAM...AMIN~