Thursday, May 20, 2010

ALLHUMDULILLAH....SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT


Terlebih dahulu ingin sha panjatkan rasa bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaannya, sha telah melahirkan seorang putera yang telah di beri nama MUHAMMAD SUFI SAFARAZ yang bermaksud YANG TERPUJI, AHLI TASAUF, YANG DIHORMATI. Semoga nama yang diberikan ini benar memainkan peranan dalam hidup sufi ...Insya Allah... Doa ibu dan ayah sentiasa bersama sufi. Semoga Allah SWT memanjangkan umur Sufi untuk mengumpul Amalan amalan yang baik untuk dijadikan aset untuk menjamin SYURGA. Ibu doakan kepada ALLAH SWT agar Sufi mejadi anak yang soleh,menjadi hamba Allah yang akan hidup berlandaskan Agama Islam, yang akan menyayangi dan menjaga ibu dan ayah sehingga ke akhir hayat kami, Yang akan mendoakan ibu dan ayah kelak pabila sepeniggalan kami berjumpa yang MAHA ESA. Ibu mendoakan agar Allah SWT akan jadikan anak ibu sufi, anak yang cerdik, anak yang pintar, anak yang bijak, anak yang akan memperjuangakan dan mempertahankan AGAMA ISLAM selagi hayat dikandung badan. Ibu mendokan agar sufi sentiasa sihat walafiat. Semoga ALLAH sentiasa melindungi anak ibu, sufi daripada segala musibah, malapetaka dan penyakit2 yang merbahaya. YA ALLAH lindungi anakku muhamad sufi safaraz dari Hasutan dan Gangguan Jin Syaitan dan Manusia yang jahat. YA ALLAH lindungilah sufi dari melakukan kemungkaran, kejahatan, kezaliman. YA ALLAH pimpinlah aku, suami ku , anak ku, keluarga ku, saudara mara ku, saudara seagama ku ke jalan yang engkau redhai, jalan yang engkau hendaki, jalan yang engkau berkati , jalan ISLAM yang sebenar. AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.


Wednesday, March 10, 2010

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?

Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :

  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri

Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-

  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar

Antara petua untuk menjadi ibu mithali :

  1. Analisis diri daripada pandangan anak
  2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
  3. Bercakap benar
  4. Kotakan kata-kata
  5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
  6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
  7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
  8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
  9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
  10. Melatih anak berfikir
  11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
  12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
  13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
  14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
  15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
  16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :

  1. Pendidik keluarga
  2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
  3. Penasihat
  4. Doktor dan jururawat
  5. Mendisiplinkan anak-anak
  6. Kawan atau sahabat
  7. Penyelesai masalah
  8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
  9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
  10. Model pada anak-anak
  11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
  12. Mengawal ekonomi rumah tangga
  13. Menjaga harta suami dan keluarga

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-

  1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
  2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
  5. Mendidik anak berdikari
  6. Mempunyai nilai diri tinggi
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
  8. Bertindak secara jamaah
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
  11. Meneroka dan merangsang potensi anak
  12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
  13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.

Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi ibu mithali, isteri sejati...

Oleh:Â Dr. Fadzilah Kamsah

Penulis adalah pakar motivasi bebas.

Tuesday, January 19, 2010

~Taubat Nasuha~

Assalamu'alaikum WBT...


~ DOA TAUBAT NASUHA ~

ASTAGFIRULLAH RABBAL BARRAYA..
ASTAGFIRULLAH MINAL HATTAYA..
RABBI ZID' NI ILMAN NAFIAA'..
WAWA FIQLI AMALAM MAKULA..
WAHABLI RIZQAN WA' SIAA'..
WAA' TUB ALIY' NA TAUBATAN NASUHA..
WAA' TUB ALIY' NA TAUBATAN NASUHA..


Apa yang dimaksud dengan taubat nasuha? Bagaimana cara melakukannya????

Sesungguhnya tidak satu manusia pun di alam ini yang terbebas dari dosa walaupun kecil. Namun demikian Allah swt dengan rahmatnya kepada hamba-hamba-Nya selalu memberikan kepada mereka yang berbuat dosa kesempatan untuk bertaubat dari segala dosa dan kesalahan. Allah selalu membukakan pintu taubat-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang mau bertaubat selama ruhnya belum berada di kerongkongan atau matahari terbit dari barat.

Taubat dari dosa menurut Al Ghozali adalah kembali kepada Sang Maha Penutup aib dan Yang Maha Mengetahui yang ghaib (Allah swt). Ia merupakan awal perjalan orang-orang yang berjalan, modal orang-orng sukses, langkah awal para pencinta kebaikan, kunci istiqomah orang-orang yang cenderung kepada-Nya, awal pemilihan dari orang-orang yang mendekatkan dirinya, seperti bapak kita Adam as dan seluruh para Nabi.(Ihya Ulumuddin juz IV hal 3)

Tentunya taubat seorang yang berdosa hendaklah dilakukan secara serius dan sungguh-sungguh bukan bertaubat kemudian dengan mudahnya dia mengulangi lagi perbuatan maksiatnya. Inilah yang disebut dengan Taubat Nashuha artinya taubat yang sebenar-benarnya, murni dan tulus, sebagaimana firman Allah swt,”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb Kami, sempurnakanlah bagi Kami cahaya Kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. At Tahrim : 8)

Dosa yang dilakukan seorang manusia baik yang terkait dengan Allah swt, seperti : tidak menjalankan perintah-perintah-Nya ataupun dosa yang terkait dengan manusia lainnya, seperti : mencuri harta bendanya dan lainnya, menuntutnya untuk melakukan taubat agar Allah swt memberikan ampunan kepadanya dan manusia yang dizhalimi tersebut memberikan pemaafan kepadanya.
Cara-cara melakukan taubat nashuha :

1. Meninggalkan kemaksiataan yang dilakukannya.
2. Menyesali perbuatannya.
3. Bertekad kuat untuk tidak mengulangi lagi selama-lamanya.
4. Jika terkait dengan hak-hak orang lain maka hendaklah ia mengembalikannya kepada yang memilikinya.

Wallahu A’lam

OLEH : Ustadz Sigit Pranowo, Lc.

Friday, January 15, 2010

~ GERHANA MATAHARI - 15 JANUARI 2010 ~

Dalil Pensyariatan

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari

(1) Surah Fussilat, ayat 37,

لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

(2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;

Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”

Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya

Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

Permulaan tahun baharu 2010 ini kita berpeluang untuk menyaksikan fenomena alam yang telah mempersonakan manusia sejak sekian lama, iaitu Gerhana Matahari. Kejadian ini juga mengingatkan kita tentang kekuasaan dan kebesaran Allah.

Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, satu lagi kejadian gerhana, iaitu Gerhana Matahari Cincin akan berlaku. Bentuk gerhana cincin ini hanya dapat dilihat di sepanjang laluan selebar 300km yang merentasi hampir separuh permukaan bumi; iaitu bermula dari benua Afrika, kemudian ke Lautan Hindi terus ke benua Asia melalui Bangladesh, India, Burma (Myanmar), dan berakhir di utara China.

Di Malaysia, Gerhana Matahari Cincin ini hanya kelihatan seperti Gerhana Matahari Separa sahaja.


Maklumat gerhana : Sentuhan pertama berlaku pada pukul 3:05 pm, gerhana maksimum pada 4:26 pm dan gerhana tamat sekitar 5:38 pm. PERINGATAN: Melihat matahari dengan mata kasar secara terus adalah merbahaya dan boleh merosakkan mata! Semasa sesi cerapan nanti, penuras solar (solar filter) akan digunakan dan pengunjung adalah dinasihatkan supaya mematuhi arahan-arahan keselamatan yang diberikan.


Prof. Madya Dr Zaidan Abdul Wahab

Jabatan Fizik Fakulti Sains

Pusat Pembangunan Akademik

Universiti Putra Malaysia


Thursday, December 24, 2009

Mengapa Wanita Mudah Menangis?




Suatu ketika, ada seorang budak lelaki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita".

"Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti....". Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa
sebab yang jelas". Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.

Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.

Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan

Thursday, October 29, 2009

Selamat Menunaikan Haji...Semoga Mendapat Haji Mabrur... Amin !!


Alhumdulillah .. mak dan vapa mertua sha dah selamat sampai di Madinah.Sedar tak sedar dah seminggu berlalu tanpa diri mereka di rumah...terasa sunyi sepi keadaan di rumah tanpa kedengaran suara mereka dan tawa riang mereka...kerinduan pada diri mereka semakin tebal.... 45 hari bukan masa yang singkat untuk dilalui

tetapi ... Alhumdulilah kami bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat menghubungi mereka dan mengetahui keadaan mereka.YA ALLAH, kami memohon agar dikau sentiasa melindungi mak dan vapa, sihatkan tubuh badan mereka, kuatkan semangat mereka untuk mengerjakan Haji, Senangkan perjalanan mereka dan Makbulkan hajat mereka untuk mendapat HAJI MABRUR...dan yang terakhir sekali Ya Allah ... lindungi pejalanan mereka.... bagilah mereka selamat sampai ke MEKAH selamat mengerjakan Haji dan Selamat sampai ke Tanah Air....AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.


SALAM SAYANG & RINDU KEPADA MAK DAN VAPA

DARIPADA:

ABDUL RAZAK
SHARIFAH
MAIMUNAH

Wednesday, September 16, 2009

~SALAM AIDILFITRI~



Mata kadang kala salah melihat....
Mulut kadang kala salah bercakap....
Hati kadang kala salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

````` Mohon Maaf Zahir dan Batin `````


Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ku ini.

Sebelum cahaya kehidupan padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, mohon maaf zahir dan batin....


ikhlas dari…..

ISMAIL@OSMAN BIN S. MUHAMMAD (BAPA MERTUA TERSYG)
UMI KALSOM BT. HANIFAH (IBU MERTUA TERSYG)
NASHRUL FAZLI B. MOHD. NASIR (ABG IPAR YG DIHORMATI)
ROZITA BIBI BT ISMAIL (KAK IPAR TERSYG)
ABDUL RAZAK B. ISMAIL (SUAMI TERCINTA)
SHARIFAH BT. ABU BAKAR (DIRI SENDIRI)
MAIMUNAH BT ISMAIL (ADIK IPAR TERSYG)
IRHAM DANISH ZAYANI B. NASHRUL FAZLI (ANAK BUAH YANG DIRINDUI)