Sejak engkau dilahirkan suku abad yang lalu. Sedarkah engkau nikmat yang telah RABBmu kurniakan. Dari sejak engkau bayi hingga kini. Nikmat anggota badan, kesihatan, pancaindera dan pelbagai lagi. Adakah engkau bersyukur dengan semua pemberian itu semua. Kalau engkau katakan YA, bagaimana cara engkau menunjukkan kesyukuranmu itu.
Apabila engkau diuji dengan sikit ujian. Diambil kembali sikit nikmat yang telah diberikan padamu. Apa yang engkau lakukan. Mudah benar dirimu cepat melatah dengan semua itu. Bermacam- macam yang engkau persoalkan. Pelbagai persoalan yang engkau lontarkan. Sedarkah engkau bahawa semua itu datang dari RABBmu. DIA berhak melakukan apa sahaja yg DIA kehendaki. Sebab dirimu dan semua yang ada di muka bumi ini adalah hak miliknya yg mutlak. Astaghfirullahal adzim...... Sedarlah dirimu..
Kekurangan dirimu..
Memang lumrah dunia, semua akan jadi kayu ukur. Tahap dirimu sesungghnya di bawah berbanding mereka yang Allah kurniakan nikmat melebihi engkau. Sebelum ini, memang semuanya indah tapi akan smpai satu ketika baru kau tau hakikat itulah sebenarnya kehidupan. Mengapa perlu kau bersedih hati dengan semua itu. Hakikat dirimu bukan golongan bangsawan mahupun orang berada. Tapi yakinlah semuanya ada hikmah yg tersembunyi.
Bayangkan andai dirimu dikurniakan dengan segalanya pasti kau akan terus alpa dan lalai dengan penghidupan. Sesungghnya kesenangan dan kemewahan hidup ini adakalanya ujian bagi setiap hamba-hamba yang diciptakan Allah. Bukan kau tak tahu yang Nabimu juga tidak bimbang andai umatnya dalam kemiskinan, tetapi bimbang andai umatnya terus dikurniakan dgn segala kemewahan dunia yg mana tak ramai yang mampu untuk kawal semua ini mengikut apa yang dikehendaki Allah dan Rasul. Andai dikurniakan satu lembah emas pasti anak adam itu mahukan lembah yang satu lagi utk dirinya. Bersyukurlah dengan apa yang kau ada sekarang dan carilah yang dpt menerima dirimu seadaanya dalam erti kata yg sebenar...
Yakinlah bahawa kata-kata dan janji-janji daripada TUHANmu dan juga NABImu adalah benar. Pastinya engkau tak akan kecewa untuk selamanya kalau engkau pegang dengan sungguh-sungguh umpama gigit dengan gigi gerahammu kerana ianya benar sekali. Andai dunia engkau tak perolehinya di dunia, yakinlah pasti ianya akan diberikan di akhirat kelak.. Apabila kita ditimpa musibah kita disarankan melihat orang yang di bawah agar kita berasa bertuah dengan keadaan diri berbanding orang lain yang serba kekurangan, tapi adakala perlu juga melihat orang yang berada di atas yang lebih dari kita agar kita sedar tahap kekerdilan dan kedhaifan diri...
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (29:2-3)
0 comments:
Post a Comment