Saturday, January 3, 2009

MENGINGATI KEMATIAN.....

maut.. kematian.. mati.. beruntunglah orang yang selalu mengingati mati.. diri ini cemburu akan mereka.. bukan diri ini tidak tahu kepentingannya.. tapi diri ini sendiri tidak menghayati sebagaimana mereka menghayati mati.. alangkah indahnya hidup mereka yang mengingati mati.. cemburu sekali.. sangat cemburu.. moga dikurniakan perasaan sebegitu..

bagaimana tergamak kita melakukan maksiat sedangkan kita selalu mengingati mati.. bagaimana kita pernah terleka meninggalkan makruf di depan mata sedangkan kita tidak tahu adakah sempat lagi untuk berbuat makruf selepasnya.. mati mengubah hidup.. aku sangat cemburu mereka yang mengingati mati.. ingin sekali aku berdampingan dengan mereka.. pastinya hidup mereka amat berbeza.. pastinya mereka hanya ada akhirat pada matanya.. pastinya hanya syurga atau neraka pertimbangan mereka.. pastinya hidup mereka sangat berbeza.. masakan tidak.. malamnya takutkan mati.. siangnya masih lagi ingat mati.. tidur takut tidak bangun.. kerja takut akan murkaNya.. berbeza sekali.. sangat berbeza.. diri ini rasa iri hati.. teramat sekali iri hati..

bagaimanakah kita sekiranya kita tahu bahawa kita hanya dapat hidup sebulan sahaja lagi.. bukankah segalanya berubah.. andai aku tahu bila aku akan pergi.. alangkah indahnya dunia begitu.. berbuat yang mungkar sesuka hati.. menggunakan sifat Khaliq Yang Maha Pengampun untuk melakukan mungkar.. hanya disebabkan kitatahu tarikhnya kita mati.. lantaran itulah kita disembunyikan tarikhnya kita mati.. agar kita sentiasa beringat.. agar kita tidak leka.. supaya kita tidak alpha.. moga kita tidak lupa.. agar kita tidak diperdaya.. supaya kita sentiasa berwaspada.. beruntunglah mereka yang sentiasa mengingati mati..

menghayati mati..

berkali-kali diri ini cuba mengingatkan jiwa dan hati.. bahawa hidup ini tiada yang menjamin setiap saat selepas ini.. melainkan Pemilik udara ini.. Pencipta tubuh ini.. Perancang hidup ini.. Penentu pengakhiran diri ini.. segalanya adalah dalam tanganNya.. segalanya telah ditetapkanNya.. segalanya telah dirancang olehNya.. Dia Yang Maha Mengetahui.. mengapa aku hanya berkata-kata namun masih tidak menghayati.. mengapa.. mengapa.. aku sangat cemburu sekali mereka yang mampu membawa mati dalam diri.. aku ingin hidup di bayangi mati.. aku ingin sekali.. agar aku sentiasa diperingati.. aku ingin sekali.. supaya aku sendiri tidak lalai dan lupa diri.. diri ini sangat iri hati..

sudah puluhan lagu dihasilkan demi mengajak kita mengingati mati.. sudah ratusan penulisan khas dikarang buat mengingati mati.. sudah ribuan sajak dan syair ditulis demi mengingati mati.. sudah jutaan kata diungkap dan disebut mengenai mati.. begitu banyak sekali peringatan akan mati.. bahawa mati itu pasti.. dan mati itu bila-bila sahaja.. malah mati itu tiada mengenal manusia.. tiada mengenal siapakah empunya jiwa.. mati menjemput siapa sahaja yang sampai ajalnya.. mati tidak kenal usia.. mati tidak kenal jantina.. mati tidak kenal itu semua.. mati hanya menunggu masa.. menunggu giliran kita.. tapi.. adakah manusia sedar ini semua..

jika pun sedar.. adakah mereka menghayatinya.. aku cemburu mereka yang mampu mambawa mati dalam setiap amal perbuatan di dunia.. pastinya amal mereka semua untuk hari sana.. pastinya matlama mereka semua hanya sa-nya kepada Dia.. aarrgghh.. cemburunya diri ini memikirkan mereka.. ingin sekali seperti mereka.. ingin sekali..

pasti tiap langkah mengingatiNya.. pasti tiap bicara tiada lain hanya sa-nya untukNya.. pasti tiap amal bukan lain tujuannya kecuali untuk Dia.. pasti tiap kesalahan dipinta keampunan dengan segera.. pasti taubat merupakan rakan karibnya.. pasti matlamat hanya satu iaitu padaNya.. aarrgghh.. diri ini rasa hina.. rasa jauh.. rasa kerdil.. rasa yang amat-amat sedih.. aku ingin sekali menghayatinya.. ajarilah diri ini.. bagaimanakah kalian mempunyainya.. perasaan malaikat izrail itu sentiasa ada di sisi.. bukan diri ini tidak menerima.. bukan diri ini tidak mengetahui.. bukan diri ini tidak mahu menghayati.. tapi sering sahaja terlupa.. sering sahaja terabai.. mengapa?.. mengapa?.. ajari diri ini nilainya mati.. ajarilah diri ini.. ingin sekali menghayati..

adakah kerana tiap hari sentiasa sahaja mampu terjaga.. adakah kerana setiap masa mampu sahaja menyedut udara.. adakah kerana tiap hari mampu melakukan kerja.. adakah kerana ini semua diri ini sering terleka.. diri ini sering lupa dan alpha.. jika inilah sebabnya.. bagaimana harus diri ini merasa.. adakah perlu mati itu singgah dan hadir pada diri baru diri ini merasakannya.. bukankah itu tidak mungkin.. mati hanya sekali.. dan hidupnya selepas itu adalah bila mana sangkakala ditiupkan.. manusia berbondong-bondong datang memenuhi padang mahsyar.. itulah hidupnya yang kedua.. dan masuklah kita ke dalam syurga atau neraka.. jika syurga maka inilah mati yang pertama dan terakhir.. jika neraka, maka nantikanlah.. kau pasti mati berjuta-juta kali lagi lantaran seksa Allah yang sangat pedih.. sangat.. teramat.. bukanlah diri ini mengeluarkan kata sendiri.. tapi Allah jua yang menyatakan.. seksaNya amat pedih.. bagaimana mungkin orang yang tidak pernah merasakannya mampu memberi ulasan akannya.. lantaran itu, ambillah kata-kataNya.. seksaNya amat pedih..

moga diri ini terus beringat.. dan suatu hari.. insyaAllah.. dikurniakan penghayatan seperti mana yang diinginkan.. seperti mana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat mengingati mati.. kucinya pastinya ilmu.. akan ku terus mencari ilmu.. moga dipermudahkan segala urusan.. agar dapat diri ini mengingati mati.. sentiasa ingat mati.. firmanNya..

Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati.”

(Surah Luqman, 31:34)

bukankah Rasulullah telah pun mengajar kita untuk mengingati mati.. bukankah Rasulullah itu kekasih kita.. dan orang berkasih-sayang, dia akan melakukan apa yang kekasihnya pinta.. dia akan sanggup bersusah demi kekasihnya.. lantas, mengapa masih tidak mengingati mati.. sabda Rasulullah s.a.w..

Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati).”

(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

mengingati mati..

moga diri ini dapat menghayati mati..

0 comments: