“Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu kerahmatan yang dengannya aku boleh memperoleh pangkat kehormatanMu di dunia dan di akhirat.”
Assalamualaikum wbt saudara saudari yang dirahmati Allah...
renung2kan lah ... cerita di bawah ini .. sebagai iktibar dan pengajaran hidup buat kita semua... INSYA ALLAH .....
"Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "
MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya. Sama2 lah kita doakan agar kita jua dapat menjadi isteri solehah dan tidak terkecuali daripada mendapat keredhaan daripada suami kita..AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN....
Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan erti kata yang sebenarnya dalam melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua akan beroleh kerahmatan di dunia dan di akhirat. Mimbar jumaat hari ini ingin memperkatakan tentang ibadah haji dan kelebihan haji mabrur sesuai dengan musim haji pada waktu ini.
Ibadat haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan. Ia berbeza dengan ibadah-ibadah lain seperti solat dan puasa. Selain memerlukan kekuatan fizikal dan mental, ia juga memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, berpisah dengan keluarga tercinta, sanak saudara, sahabat handai, meninggalkan kampung halaman, menahan kemahuan nafsu dan sebagainya. Firman Allah S.W.T di dalam surah Ali 'Imran, ayat 97:
Maksudnya: "Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliannya; di antaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah. Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk".
Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah tersebut, maka diharapkan ibadat haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah S.W.T. dengan memperolehi haji yang mabrur.
Haji mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah S.W.T. seiring dengan peningkatan amal ibadat seseorang setelah menunaikan ibadat haji tersebut. Haji mabrur ini merupakan kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah haji tersebut. Lebih-lebih lagi, ibadat haji menjanjikan ganjaran yang sangat besar daripada Allah S.W.T. di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a, Bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Satu umrah dengan umrah yang lain adalah penghapus dosa, dan haji mabrur (diterima) amalannya, tidak dibalas baginya melainkan dengan Syurga".
Oleh itu, ganjaran besar ibadat haji ini tidak memungkinkan seseorang itu mencapainya dengan begitu mudah. Sebaliknya kita perlu mengharungi berbagai-bagai kesukaran dan cabaran di samping memerlukan kekuatan iman dan taqwa.
Imam Nawawi mengatakan bahawa orang yang mendapat haji mabrur ialah orang yang tidak mencampur adukkan amalan dan tindakan dalam kehidupan seharian serta ibadahnya dengan sesuatu perkara yang berdosa selepasa melaksanakan ibadah haji.
Persoalan besar yang ingin diutarakan di sini ialah bagaimana untuk mencapai haji mabrur tersebut? Pada prinsipnya, haji mabrur boleh dicapai dengan melaksanakan beberapa amalan. Diantaranya ialah; Pertama: Ibadat haji yang dilaksanakan itu hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. dan tidak riak atau menunjuk-nunjuk serta berbangga-bangga kepada orang lain. Kedua: Semua perbelanjaan haji adalah daripada sumber yang halal. Ketiga: Melakukan rukun dan fardhu haji dengan memenuhi syarat dan sempurna. Keempat: Melakukan ibadat haji dengan taat, jujur dan ikhlas. Dan kelima: Beristiqamah dengan terus menerus mengamalkan perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam kehidupan seharian.
Perkara yang sering menjadi isu dalam masyarakat ialah terdapat di kalangan jemaah haji yang tingkah laku mereka tidak berubah, masih mengekalkan tabiat akhlak yang bercanggah dengan ajaran Islam. Di antara punca utama mereka tidak mendapat haji mabrur ini ialah kerana masih melakukan maksiat, mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, tidak amanah, tidak mempunyai integriti dan sebagainya. Hakikatnya, kejayaan mencapai haji mabrur berkait rapat dengan keimanan seseorang kepada Allah S.W.T. Berdasarkan pemerhatian, terdapat pertalian yang kuat bahawa mereka yang taat melaksanakan amal ibadah seperti sembahyang, puasa dan zakat mendorong mereka akan mendapat haji mabrur. Demikianlah bahawa kualiti iman seseorang akan menentukan tahap amal ibadah seseorang.
Ibadat haji hanya diwajibkan sekali sahaja seumur hidup bagi seseiapa yang mampu. Walau bagaimanapun, rukun Islan inilah yang sering diabai dan dilupakan oleh segelintir umat Islam. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Hajj, ayat 27:
Maksudnya: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nascaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh".
Ibadat haji boleh dikerjakan berulang kali bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan cukup syarat-syaratnya. Walau bagaimanapun, menurut ulama ibadah haji itu wajib dikerjakan hanya sekali seumar hidup berdasarkan dari hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Ahmad.
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. telah bersabda di dalam khutbahnya: "Wahai sekalian manusia! Sesunggunya Allah telah mewajibkan kepada kamu haji. Oleh itu, kerjakanlah ibadat haji. Seorang lelaki bertanya: "Adakah (dikerjakan haji) pada setiap tahun?" Baginda diam tidak menjawab, sehingga lelaki itu mengulang-ulang pertanyaannya sebayak tiga kali, selepas itu barulah Baginda menjawab dan bersabda: "Jika aku katakan "ya", nascaya wajiblah ia (setiap tahun) dan kamu tidak akan berdaya melakukannya. Kemudian Baginda menjawab lagi: "Peliharalah apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya ia telah banyak membinasakan orang-orang sebelum kamu disebabkan pertanyaan mereka dan menyalahkan Nabi-Nabi mereka. Sekiranya aku memerintahkan sesuatu, maka kamu ambillah (sekiranya kamu mampu) dan apabila aku melarang daripada melakukanya, maka kamu tinggalkanlah".
Berdasarkan hadis di atas, ulama' telah sepakat mengatakan bahawa ibadat haji wajib dikerjakan hanya sekali seumur hidup. Jika dikerjakan berulang kali, maka haji yang kedua dan seterusnya itu dikira sunat.
Ulama' juga telah sepakat mengatakan bahawa ibadat haji tidak wajib dikerjakan dengan bersegera. Walaubagaimanapun, sunat tidak melambatkan ibadat tersebut bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan telah cukup syarat-syarat yang diwajibkan kepadanya. Bagi yang mempunyai kemampuan, janganlah ditangguhkan lagi. Janganlah ditunggu ke hari tua. Bersegera dalam membuat amal kebajikan itu adalah suatu perkara yang dituntut oleh Islam sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Maidah, ayat 48:
Maksudnya: "Oleh itu berlumba-lumbalah (bersegera) kamu membuat amal kebajikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu berselisihan padanya.”
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH
Satu lagi persoalan besar timbul dalam masyarakat Islam ialah terdapat sebilangan umat Islam yang kaya dan berkemampuan berulang kali menunaikan fardhu haji dengan menghabiskan perbelanjaan yang besar. Ketika mengulas isu ini, seorang ulama' terkenal iaitu Dr. Syeikh Yusof Qardawi mengatakan bahawa adalah lebih afdhal wang ringgit itu dibelanjakan di jalan Allah S.W.T, bersedekah, membantu untuk urusan dakwah atau membayar zakat dan menjelaskan hutang sesama manusia.
Beliau juga menjelaskan bahawa lebih baik kita memberi peluang kepada orang lain menunaikan ibadat haji daripada kita terus menunaikannya berulang kali kerana menjaga kepentingan dan mengelakkan kesulitan serta kesesakan kepada jemaah haji di Tanah suci Mekah. Ingatlah! menutup pintu kerosakan lebih baik daripada melakukan kebaikan.
Di samping itu juga, ibadat itu tidaklah terhad, malah ianya meliputi ibadah wajib dan sunat. Kenapa kita hanya tertumpu untuk menunaikan ibadah haji ini berulang kali? Sedangkan kita membiarkan golongan fakir miskin, saudara mara atau jiran hidup di dalam kesusahan. Sebenarnya, bersedekah atau memberi sumbangan menjadi satu kewajipan kepada orang kaya membantu golongan-golongan tersebut yang dalam kesusahan.
Selain itu juga, adalah lebih baik kita menginfaqkan wang ringgit untuk tujuan kebajikan seperti membina sekolah-sekolah agama, institusi-institusi pendidikan Islam, membantu negara-negara Islam yang susah dan sebagainya. Sebaliknya, janganlah kita berusaha membantu musuh-musuh Islam yang cuba menghancurkan agama Islam dan umatnya. Kesediaan orang kaya dan yang berkemampuan membantu golongan-golongan yang susah adalah bukti kekuatan iman seseorang yang sanggup mengorbankan harta kesayangan demi kepentingan Islam dan umatnya di seluruh dunia.
Namun, kesemuanya itu bergantung kepada niat seseorang dan sesungguhnya melakukan amal kebaikan lain adalah lebih baik daripada menunaikan ibadat haji berulang kali kerana manfaatnya sentiasa berpanjangan dan untuk kebaikan orang ramai khususnya umat Islam, di samping mendapat pahala yang sangat besar daripada Allah S.W.T di akhirat kelak.
Maksudnya:"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan ibadat haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum jemaah haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan merka itulah orang-orang yang berjaya".
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya 2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ? - Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya. - Wajib menutup aurat - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah - Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya - Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa - Berbuat baik kepada ibu & bapa - Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang - Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa - Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami - Sentiasa menyenangkan suami - Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah - Tidak bermasam muka di hadapan suami - Tidak menolak ajakan suami untuk tidur - Tidak keluar tanpa izin suami - Tidak meninggikan suara melebihi suara suami - Tidak membantah suaminya dalam kebenaran - Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya - Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh ataubesar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takutmengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya
WALLAHUALAM.....Ya Allah aku berdoa pada MU agar kau permudahkan jodohku bersama kekasih pujaaan hati ku dan bagilah dia merupakan jodohku di dunia dan di akhirat...AMIN ....
MESSAGE Khas buat yang tersayang,Sha harap sha tak dijadikan sbg psinggahan buatMU seketika. SHA impikan psinggahanMU adalah buat selama2nya utk diri SHA.... AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN
Sebuah berita gembira datang dari sebuah hadits Rosul bahwa Rosulullah saw. Bersabda :
” Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang sholehah”.
Di dalam Islam, peranan seorang istri memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan berumah tangga dan peranannya yang sangat dibutuhkan menuntutnya untuk memilih kualitas yang baik sehingga bisa menjadi seorang istri yang baik. Pemahamannya, perkataaannya dan kecenderungannya, semua ditujukan untuk mencapai keridho’an Allah swt., Tuhan semesta Alam. Ketika seorang istri membahagiakan suaminya yang pada akhirnya, hal itu adalah untuk mendapatkan keridho’an dari Allah swt. sehingga dia (seorang istri) berkeinginan untuk mengupayakannya.
Kualitas seorang istri seharusnya memenuhi sebagaimana yang disenangi oleh pencipta-Nya yang tersurat dalam surat Al-Ahzab. Seorang wanita muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya tatkala suami tidak ada di rumah, mempertaankan keutuhan (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk senantiasa ada dalam pujian Allah swt.
Ketika seorang wanita muslimah menikah (menjadi seorang istri) maka dia harus mengerti bahwa dia memiliki peranan yang khusus dan pertanggungjawaban dalam Islam kepada pencipta-Nya, Allah swt. menjadikan wanita berbeda dengan pria sebagaimana yang disebutkan dalam ayat Al-Qur’an:
” Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebagian yang lain. (karena) bagi laki-laki ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.” (QS. An Nisaa’ , 4:32).
Kita dapat melihat dari ayat ini bahwa Allah swt. membuat perbedaan yang jelas antara peranan laki-laki dan wanita dan tidak diperbolehkan bagi laki-laki atau wanita untuk menanyakan ketentuan peranan yang telah Allah berikan sebagaimana firman Allah:
“ Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rosul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.” (QS. Al Ahzab, 33:36)
Karenanya, seorang istri akan membenarkan Rosulullah dan akan membantu suaminya untuk menyesuaikan dengan prinsip-prinsip syari’ah (hukum Islam) dan memastikan suaminya untuk kembali melaksanakan kewajiban-kewajibannya, begitupun dengan kedudukan suami, dia juga harus memenuhi kewajiban terhadap istrinya.
Diantara hak-hak lainnya, seorang istri memiliki hak untuk Nafaqah (diberi nafkah) yang berupa makanan, pakaian dan tempat untuk berlindung yang didapatkan dari suaminya. Dia (suami) berkewajiban membelanjakan hartanya untuk itu walaupun jika istri memiliki harta sendiri untuk memenuhinya. Rosulullah saw. Bersabda :
” Istrimu memiliki hak atas kamu bahwa kamu mencukupi mereka dengan makanan, pakaian dan tempat berlindung dengan cara yang baik.” (HR. Muslim)
Ini adalah penting untuk dicatat bahwa ketika seorang istri menunaikan kewajiban terhadap suaminya, dia (istri) talah melakukan kepatuhan terhadap pencipta-Nya, karenanya dia (istri yang telah menunaikan kewajibannya) mendapatkan pahala dari Tuhan-Nya. Rosulullah saw. mencintai istri-istrinya karena kesholehan mereka.
Aisyah r.a. suatu kali meriwayatkan tentang kebaikan kualitas Zainab ra, istri ketujuh dari Rosulullah saw.,
”Zainab adalah seseorang yang kedudukannya hampir sama kedudukannya denganku dalam pandangan Rosulullah dan aku belum pernah melihat seorang wanita yang lebih terdepan kesholehannya daripada Zainab r.a., lebih dalam kebaikannya, lebih dalam kebenarannya, lebih dalam pertalian darahnya, lebih dalam kedermawanannya dan pengorbanannya dalam hidup serta mempunyai hati yang lebih lembut, itulah yang menyebabkan ia lebih dekat kepada Allah”.
Seperti kebesaran wanita-wanita muslimah yang telah dicontohkan kepada kita, patut kiranya bagi kita untuk mencontohnya dengan cara mempelajari kesuciannya, kekuatan dari karakternya, kebaikan imannya dan kebijaksanaan mereka. Usaha untuk mencontoh Ummul Mukminin yang telah dijanjikan surga (oleh Allah) dapat menunjuki kita kepada karunia surga.
Abu Nu’aim meriwayatkan bahwa Rosulullah saw. Bersabda :
“ Ketika seorang wanita menunaikan sholat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya, maka dia akan masuk surga dengan beberapa pintu yang dia inginkan”. (Al Bukhori, Al Muwatta’ dan Musnad Imam Ahmad).
Segala puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam yang tiada sekutu bagiNya,Yang Memberi Hidayah kepada yang dikehendakinya,Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati manusia(na'udzubillahi min dzalik),Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
suka untuk saya berkongsi sebuah kisah pada zaman nabi s.a.w di mana ketika itu ada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda dan menyampaikan hasratnya untuk menyertai baginda dalam sebuah jihad. lantas apa yang di jawab oleh baginda adalah bukan seperti "adakah kamu handal dalam menunggang kuda?" "adakah kamu bijak bermain pedang " "adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?"
tidak sama sekali persoalan itu yang bangkit dari mulut bagi,,malah perkara yang ditanyakan adalah "adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?"
seraya lelaki itu menjawab "saya sudah tidak berbapa tetapi saya masih mempunyai seorang ibu yang kini berada di rumah"
baginda pun berkata "adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya??"
"semestinya dia memerlukan saya"
lalu baginda pun menasihati"pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana sekiranya kamu berbakti kepadanya,sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fi sabilillah"
jelas,nyata dan terang sekali bertapa mulianya seorg ibu dan mulianya menjadi seorg ibu di muka bumi ini. ibu adalah insan yang sangat penting dalam hidup kita.
mengimbas kembali harian metro di mana kita di kejutkan dengan berita eksklusif "seorang warga emas wanita Islam dihantar ke rumah jagaan org tua bukan Islam"
"dua anak derhaka tergamak menghantar IBU MEREKA, seorang HAJAH berusia 71 TAHUN ke PUSAT PENJAGAAN ORANG TUA BUKAN ISLAM,menyebabkan warga emas itu tidak dapat menunaikan ibadah kerana tiada kemudahan berbuat demikian di pusat itu"
tidakkah golongan seperti mereka ini terfikir bahawa siapalah mereka tanpa ibunya??
tidakkah satu kepentingan bagi seorang anak mempunyai seorang ibu untuk lahir di muka bumi ini?
baharu sahaja tadi kita melihat contoh betapa Rasulullah sendiri meentingkan perihal ibu berbanding perihal jihad.inikan pula barita terkini ini.
Rasul s.a.w pernah berkata:"semua dosa akan ditangguh sesuai dengan kehendak Allah sehingga ke hari pengadilan kecuali dosa ANAK DERHAKA" maksudnya Allah akan terus menimpakan azab kepada seorang anak derhaka tanpa menunggu pada hari kiamat.
justeru,ambillah iktibar daripada kisah-kisah di atas,janganlah kita biarkan ibu pergi sebelum kita sempat menabur budi,sebelum ibu meninggalkan kita,sebelum jasad ibu dikandung tanah,,
jauhila daripada mendapat tittle "ANAK DERHAKA" kerana amatlah besar balasan menjadi anak derhaka antaranya:-
-mendapat KEMURKAAN Allah-mendapat BALASAN SEGERA iaitu di dunia(seperti kisah alQomah&aljuraish)-mendapat DOSA BESAR-di TOLAK AMALANnya-masuk NERAKA-TIDAK DAPAT 'MELIHAT WAJAH ALLAH'-mendapat SEKSAAN YANG PEDIH-hilang NUR diwajahnya-mati dalam SU'UL KHATIMAH-
Andai Hidup Punca Perpisahan,Biarlah Mati Menyambungnya Semula,Namun Seandainya Mati Punca Perpisahan,Biarlah Hidup Ini Membawa Erti Yang Nyata.
Untuk renungan .......
Jika anda bukan seorang ibu (kerana belum berkahwin/seorang lelaki) anda tetap anak kepada ibu anda.
Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk. Hari Raya Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH".
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita .
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".
Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.
Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita .Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm-takut malu dilihat kawan-kawan.
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!
Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu.
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"
Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple-dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.
Kepada sesiapa yang sedang mencari kerja dan berminat untuk berkerja sebagai pemandu lori di kawasan Lembah Klang, sila hubungi En. Abu Bakar (Pengurus, Kadriya BNSS Trading) di talian 012-3827468.
Syarat kelayakan :
1) Boleh membaca Bahasa Melayu 2) Mengetahui kebanyakkan jalan-jalan di kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Lembah Klang. 3) Sanggup berkerja lebih masa ketika diperlukan
Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna….-