Monday, April 13, 2009

~ Menghitung Hari ~

detik itu kian hampir
debaran di hati kian memuncak
teratak bonda mula berubah wajah
warna warni bertambah seri

duhai bonda
anakmu bakal di bawa pergi
pesananmu tetap di ingati
duhai ayahanda
tanggujawabmu beralih kini
kasih sayangmu tetap kekal abadi

buatmu bakal sang suami
cintailah aku setulus hati
bimbinglah diriku, didiklah aku
semoga bahtera cinta kan kekal selamanya

Tuesday, March 3, 2009

Secebis doa.....untuk yang ku KASIHI....


Tolong sampaikan pada si dia
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong nasihati si dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia,
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurga-Nya

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana
Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia,
aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia,
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia,
aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya engkau Ya Allah mencipta dan mengetahui si dia seadanya

Moga pesananku sampai padanya
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.

Kekasih… simpanlah pesananku ini sehingga sampai hari kita bersama dengan gelaran suami isteri suatu hari nanti, insya-Allah

AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Monday, March 2, 2009

Khas buat yang tersayang ....


Khas buat yang tersayang ....

Jikalau cinta itu ada sayapnya..akan ku pinta cinta itu untuk ...terbang dan hinggap di hati si dia..dan dibisikkan kepada si dia bahawa telah ku berikan hatiku.. pinta dibisikkan tentang rasa dan perasan ku terhadap si dia... wahai cinta ...pandanglah mata si dia dan ceritakanlah ..bahawa aku telah jatuh hati pada si dia .. sedang sangat merinduinya...doaku pada YG MAHA ESA ...agar jodoh ku dan si dia berkekalan di dunia dan di akhirat .... AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN ....


www.kiwee.com

Dari HAWA buatmu ADAM ....

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!


Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

bantulah aku menuju ke landasan yang benar, ADAM RENUNGKAN..


Thursday, February 26, 2009

Andai Besok adalah Hari Ini

Andai besok adalah hari ini..
Waktu pun terhenti
Ikut menikmati kebahagiaanku

Andai besok hari ini..
Aku tak perlu menjadi tua
Kerana aku selalu ditemani oleh seseorang yang datang dari alam mimpi,yang menjelma menjadi seorang yang sangat sempurna

Andai besok hari ini..
Di mana dunia hanya milik kau dan aku
Tak ada yang mengganggu

Andai besok hari ini
Aku ingin selalu berkata i love u
Kerana kau selalu mencintaiku

Andai besok hari ini..
Tapi itu tidaklah mungkin terjadi
Kerana waktu terus berjalan..dunia terus berputar..
Apapun tak mungkin menghentikannya
Tapi..yang tak mungkin berubah adalah cintaku untuknya selalu seperti hari ini

Wednesday, February 25, 2009

DIRI MU...

Adakah nikmat yang kau curahkan
Saat kupergi tinggalkan-Mu?
Adakah rahmat yang terberi
Saat kujauh tinggalkan takdir-Mu?
Adakah hidayah-Mu tersisa untukku
Walau hanya setitik debu?

Ketika gelapku menghantui
Kau hadir terangiku
Ketika nodaku merasuk nadi
Kau tikamku dengan keagungan-Mu
Ketika khilafku merajai
Akankah kau izinkanku tuk hidup pada-Mu?

Tuesday, February 10, 2009

~ CINTA PADA MANUSIA DAN ALLAH ~

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penguhujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.


Indahnya sajak yang dicoretkan oleh AMINAH QUTB


Ya Allah, andainya Dia jodoh yg ditetapkanMu kepadaku,
Maka campakkanlah hatiku cinta kepadanya kerana-Mu,
Campakkanlah dalam hatinya cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh ditetapkanMu padaku,
Berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.


¨Ya Allah,Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu. ¨


¨Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu. ¨


¨Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu. ¨

¨Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. ¨

¨Ya Allah,jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu. ¨

¨Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu. ¨

"Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,

Janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjag menyeru kemanusia pada-Mu. ¨

¨Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. ¨

Alangkah indah kecintaan pada Illahi diekpresi dalam sajak vs doa nih..