Friday, August 8, 2008

Coretan..buat insan yang mengelar diri mereka "ANAK"

main sidebar



Kepada para pembaca sekalian, cuba ingat kembali, sudah berapa lama kita tidak menelefon orang tua kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk duduk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah kesibukan aktiviti kita yang padat ini, kita selalu sahaja mengada-adakan seribu satu macam alasan untuk meninggalkan mereka kesepian.


Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang berada nun di kampung. Kalau ikutkan masa, tentulah memanjang tiada. Sedangkan masa perlu dicari. Jauh bezanya jika dibandingkan dengan seseorang kekasih yang lebih bertuah berbanding ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada kita. Tanpa kita sedari, kita lebih peduli dengan buah hati sekaligus menidakkan hak orang tua kita.


Buktinya, kita selalu cemas akan khabar berita kekasih kita. Kalau tidak bertanya khabarnya sehari, apa buatnya, sudah makankah atau belum. Lebih-lebih lagi, kita boleh jadi risau tidak bertempat kalau-kalau dia bahagia bila disamping kita ataupun tidak. Ah, untungnya! Namun apakah kita semua pernah berasa bimbang sampai begitu sekali pada abah dan emak di kampung? Risau apakah mereka sudah makan atau belum? Cemas samada orang tua kita sudah bahagia atau belum kerana mempunyai kita sebagai cahayamata mereka?


Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orang tua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada sesalan di kemudian hari. Jika kedua-duanya masih ada atau salah seorang sahaja yang masih tinggal, jangan lupa memberikan kasih sayang anda lebih daripada yang pernah diberikan selama ini. Dan sebaliknya jika mereka sudah tiada lagi bersama kita, ingatilah kasih sayang dan cintanya yang tulus tanpa syarat kepada kalian semua.


Sedekahkanlah al-Fatihah, semoga roh mereka aman di sana, ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Kalau mahu, anda boleh menunjukkan ihsan anda kepada warga tua yang kurang bernasib baik di sekeliling anda mahupun yang sedang menghitung hari di rumah orang-orang tua berhampiran anda. Sekurang-kurangnya mereka boleh menutup mata tanpa rasa terkilan di hati kerana terasa diri masih lagi disayangi oleh insan-insan mulia seperti anda.


Dan apa kata juga selepas ini, kita pakat-pakat capai telefon dan menghubungi orang tua kita untuk bertanya khabar.”


~ Coretan dari seorang anak~

SHA SAYANG MAK AYAH SHA.....BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA ???


video yang rasanya serba sedikit akan memberi kesedaran dan menilai takat mana kasih sayang kita pada mak ayah kita... jom sama-sama tonton......................



0 comments: