Friday, January 15, 2010

~ GERHANA MATAHARI - 15 JANUARI 2010 ~

Dalil Pensyariatan

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari

(1) Surah Fussilat, ayat 37,

لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

(2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;

Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”

Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya

Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

Permulaan tahun baharu 2010 ini kita berpeluang untuk menyaksikan fenomena alam yang telah mempersonakan manusia sejak sekian lama, iaitu Gerhana Matahari. Kejadian ini juga mengingatkan kita tentang kekuasaan dan kebesaran Allah.

Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, satu lagi kejadian gerhana, iaitu Gerhana Matahari Cincin akan berlaku. Bentuk gerhana cincin ini hanya dapat dilihat di sepanjang laluan selebar 300km yang merentasi hampir separuh permukaan bumi; iaitu bermula dari benua Afrika, kemudian ke Lautan Hindi terus ke benua Asia melalui Bangladesh, India, Burma (Myanmar), dan berakhir di utara China.

Di Malaysia, Gerhana Matahari Cincin ini hanya kelihatan seperti Gerhana Matahari Separa sahaja.


Maklumat gerhana : Sentuhan pertama berlaku pada pukul 3:05 pm, gerhana maksimum pada 4:26 pm dan gerhana tamat sekitar 5:38 pm. PERINGATAN: Melihat matahari dengan mata kasar secara terus adalah merbahaya dan boleh merosakkan mata! Semasa sesi cerapan nanti, penuras solar (solar filter) akan digunakan dan pengunjung adalah dinasihatkan supaya mematuhi arahan-arahan keselamatan yang diberikan.


Prof. Madya Dr Zaidan Abdul Wahab

Jabatan Fizik Fakulti Sains

Pusat Pembangunan Akademik

Universiti Putra Malaysia


0 comments: